Tempoh Neolitik Sejarah_dunia

"Neolitik" bererti "Zaman Batu Baru". Ini merupakan tempoh pembangunan teknologi dan masyarakat primitif, pada akhir "Zaman Batu." Bermula pada alaf 10 SM / (12,000 tahun dahulu), tempoh Neolitik melalui pembangunan awal perkampungan, pertanian, penternakan haiwan dan perkakasan.

Kebangkitan pertanian

Bajak ditarik kerbau, Mesir Purba, sekitar 1200 SM.

Perubahan utama, digambarkan oleh pakar pra sejarah Vere Gordon Childe sebagai "Revolusi Pertanian," berlaku sekitar 10 alaf Sebelum Masihi dengan amalan pertanian. Orang-orang Sumer pertama mula menanam sekitar 9500 SM. Menjelang 7000 SM, pertanian telah tersebar ke India; menjelang 6000 SM, ke Mesir; menjelang 5000 SM, ke China. Sekitar 2700 SM, pertanian telah tiba ke Mesoamerika.

Sungguhpun perhatian cenderung tertumpu pada Hilal Subur Timur Tengah, kajian arkeologi di Amerika, Timur Asia dan Asia Tenggara menunjukkan bahawa sistem pertanian, menggunakan tanaman dan haiwan berlainan, mungkin dalam sesetengah kes berkembang di sana hampir sama awalnya. Perkembangan pengairan teratur, dan penggunaan tenaga kerja khas, oleh Sumeria, bermula sekitar 5500 SM. Batu digantikan dengan gangsa dan perkakasan besi bagi pertanian dan perperangan. Penempatan pertanian sehingga itu hampir sepenuhnya bergantung kepada perkakasan batu. Di Eurasia, perkakasan tembaga dan gangsa, hiasan dan senjata telah menjadi biasa sekitar 3000 SM. Selepas gangsa, kawasan Mediterranean Timur, Timur Tengah dan China mula menggunakan perkakasan dan senjata besi.

Tahap teknologi dan masyarakat dunia, sekitar 1000 SM.

Kemungkinannya penduduk Amerika tidak memmiliki peralatan logam sehingga zaman budaya Chavםn (900 SM)). Budaya Moche bagaimanapun memiliki perisai, pisau dan pinggang mangkuk logam. Malah puak Inca yang kekurangan logam telahpun memiliki bajak bermata logam, sekurang-kurangnya selepas penaklukan Chimor. Bagaimanapun, kurang penyelidikan arkeologi dijalankan di Peru, dan hampir kesemua khipus (peranti rakaman, dalam bentuk simpulan, yang digunakan oleh Inca) telah dibakar semasa penaklukan Sepanyol ke atas Peru. Sehingga akhir 2004, keseluruhan bandar masih dibongkar. Sesetengah cari gali menunjukkan bahawa besi mungkin telah dihasilkan di situ sebelum ia dimajukan di Eropah.

Tempat kelahiran tamadun awal adalah lembah sungai, seperti lembah Sungai Furat dan Tigris di Mesopotamia, lembah Nil di Mesir, lembah Indus di subbenua India, dan lembah Yangtze dan Sungai Kuning di China. Sesetengah kaum nomad, seperti penduduk asli Australia dan Bushmen di Afrika Selatan tidak bercucuk-tanam sehingga baru-baru ini.

Sebelum 1800, kebanyakan penduduk tidak tergolong dalam negara. Para saintis bertelingkah sama ada istilah "puak" patut diguna pakai bagi kumpulan masyarakat yang hidup masa itu. Kebanyakan masyarakat puak, di Eropah dan tempat lain, membentuk negara apabila mereka diancam, ataupun diceroboh oleh negara sedia ada. Contohnya adalah Marcomanni, Poland dan Lithuania. Sesetengah "puak" seperti orang-orang Kass dan Manchu misalnya menakluk negara dan dijajah olehnya.

Pertanian membolehkan pembentukan masyarakat rumit — tamadun. Negara dan pasaran muncul. Teknologi meningkatkan kemampuan manusia bagi mengawal alam sekitar dan membangunkan sistem pengangkutan dan perhubungan.

Rujukan

WikiPedia: Sejarah_dunia http://www.atypon-link.com/AEAP/doi/abs/10.1257/08... http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/j... http://www.justiniansflea.com/events.htm http://encarta.msn.com/encyclopedia_761575057_13/s... http://www.skkok.com/?_page=43 http://dpalm.med.uth.tmc.edu/courses/BT2003/BTstud... http://www.ph.ucla.edu/EPI/bioter/anempiresepidemi... http://www.digitalhistory.uh.edu/historyonline/con... http://www3.niaid.nih.gov/news/newsreleases/1996/p... http://www.reshafim.org.il/ad/egypt/ramses-hattusi...